23 September 2010

Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia

SEORANG pemimpin veteran negara jiran baru-baru ini mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak adil serta menyisihkan kaum lain.

Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu temu bual dengan akhbar New York Times pada 1 September lalu turut mengkritik sistem yang diamalkan di negara ini.

Sambil membayangkan Malaysia mungkin menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura, Kuan Yew turut mendakwa kononnya republik itu pada hari ini sudah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan antara kaum.

Kenyataan Kuan Yew yang menyentuh hubungan antara kaum di negara ini umpama mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain pemimpin asing, di dalam negara juga terdapat pihak yang membangkitkan soal hak dan kedudukan orang Melayu.

Ahli Parlimen Pembangkang, Nurul Izzah Anwar dilaporkan mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Sementara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mendedahkan tentang usaha mewujudkan 'perlembagaan baru' oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang mempunyai bukti mengenainya mendakwa, perlembagaan baru itu menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam Perlembagaan yang sedia ada.

Pakar sains politik, Dr. Chandra Muzaffar ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya minggu lalu menyifatkan Perlembagaan Negara bertujuan mengatasi masalah ketidaksamarataan antara pelbagai kaum.

Menurut Chandra, salah satu fakta sejarah yang sering dilupakan ialah hak kerakyatan untuk masyarakat bukan Melayu di negara ini yang diberikan oleh raja-raja Melayu dan golongan elit UMNO.

''Bukan pihak British yang memberikan kerakyatan kepada kaum bukan Melayu tetapi orang Melayu. Sementara Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bahawa semua warganegara mempunyai hak yang sama rata di sisi undang-undang.

''Jika anda fahami dengan betul, motif Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah mengelakkan situasi tidak sama rata. Kedudukan istimewa orang Melayu (seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan) mempunyai kaitan dengan kesamarataan.

"Ini kerana, ketika negara mencapai kemerdekaan, begitu ramai masyarakat Melayu hidup dalam kemiskinan," jelas Chandra.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penglibatan beliau sebagai salah seorang ahli panel dalam persidangan The Gathering of Great Minds yang akan diadakan pada 24 September ini.

Tambah Chandra, keadaan tidak sama rata timbul apabila pemimpin Melayu membuka pintu dengan memberikan kerakyatan segera kepada masyarakat bukan Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.

''Sekelip mata saja golongan bukan Melayu diberikan kerakyatan. Ini merubah peta demografi. Jadi, masyarakat Melayu sebagai tuan rumah yang membuka pintu kerakyatan negara kepada kaum bukan Melayu mahu memelihara kedudukan dan kepentingan mereka terutamanya dari segi pendidikan, pekerjaan dan pemilikan harta.

''Ini bagi memastikan orang Melayu tidak kehilangan atau kerugian apabila bersikap pemurah dengan pemberian kerakyatan berkenaan. Terma warganegara yang diberikan di Malaysia juga agak luar biasa," jelas beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just).

Dalam memahami realiti ini, menurut Chandra, perlu ada proses penerimaan oleh masyarakat dan pemimpin Melayu sebagai pihak yang membuka pintu kerakyatan dan proses menyesuaikan diri oleh pihak yang diberikan kerakyatan.

''Di negara lain seperti Perancis, Jerman atau Kanada, syarat dikenakan untuk menjadi warganegara.

Namun di Malaysia, syarat-syarat sedemikian diketepikan. Oleh itu, kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan bertujuan memastikan orang Melayu sebagai golongan yang memberikan kerakyatan kekal sama rata dengan golongan lain.

''Beberapa aspek hak dan kedudukan istimewa tersebut perlulah dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut perubahan masa. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengubah kuota etnik bagi pengambilan pelajar universiti dan hanya mengekalkannya untuk fakulti tertentu sahaja," katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Chandra, membuat satu lagi perubahan dengan mengumumkan dasar liberalisasi dalam 27 sub-sektor perkhidmatan dan sektor kewangan.

''Jadi, Perkara 153 bukanlah satu klausa yang bertujuan memberikan kelebihan kepada satu komuniti atau menjadikan mana-mana kaum lebih dominan.

"Perlembagaan negara lain yang agak mirip kepada Perlembagaan Persekutuan ialah Perlembagaan India yang memberikan hak yang sama rata kepada semua warganegara.

''Perlembagaan tersebut bagaimanapun memberikan peruntukan khas kepada kasta-kasta yang disenaraikan," jelasnya.

Chandra menambah, Perlembagaan Persekutuan merupakan satu perlembagaan yang lengkap dan menyeluruh kerana ia mengutamakan keseimbangan.

''Ia merujuk kepada Bahasa Kebangsaan dan lain-lain bahasa, agama rasmi dan agama-agama lain serta kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan kaum lain.

"Pada pandangan saya, perlu dipastikan kita tidak lari daripada kerangka Perlembagaan tersebut dalam memelihara keseimbangan antara kaum.

''Jika kita mengetepikan Perlembagaan ini dan cuba mencari panduan lain, saya rasa kita bakal berhadapan dengan masalah besar. Satu-satunya, panduan yang perlu dijadikan rujukan ialah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

22 September 2010

DR. NOVANDRI : Tidak ada kebebasan bersuara dan erti demokratik di Singapura

Oleh : DR. NOVANDRI HASAN BASRI

PENULIS ingin merujuk kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kenyataan Lee Kuan Yew di dalam akhbar The New York Times. Mahathir telah menjawab balik beberapa dakwaan Kuan Yew. Jawapan Mahathir mudah difahami oleh sesiapa sahaja dan boleh dibaca di dalam blog beliau.

Yang menimbulkan rasa tidak sedap hati penulis ialah artikel Kuan Yew dijadikan e-mel berangkai dan disebarkan dengan meluasnya terutamanya kepada orang bukan Melayu. Respons mereka tentunya tidak sedap dibaca lebih-lebih lagi apabila mereka mula mempersoalkan isu-isu yang menyentuh Perlembagaan Negara.

Kuan Yew dipuja sebagai mangkin utama kepada pencapaian negara dan rakyat yang 75 peratus terdiri daripada kaum Cina. Tidak boleh dinafikan kaum Cina Malaysia mungkin pernah membandingkan 'nasib' mereka dengan Cina Singapura yang kelihatan lebih hebat.

Persepsi inilah yang dibaca di dalam e-mel berangkai dan para pembacanya terdiri daripada mereka yang berpelajaran dan tidak pernah merasai susah senang generasi sebelum mereka.

Mereka tidak mahu tahu maksud jus soli, kontrak sosial atau quid pro quo melalui Perkara 14-18 berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang bukan Melayu dan juga Perkara 153 yang memberikan hak istimewa kepada kaum bumiputera. Maksudnya, sejarah pembentukan Malaysia mahu dilupakan dan negara ini mesti seperti Singapura.

Bagaimana pun, apakah mereka patut dipersalahkan atau pun sistem pendidikan dan kenegaraan yang tidak menitik beratkan kesedaran tulen tentang sejarah negara Malaysia ini?

Mahathir telah menjelaskan bahawa kaum Cina yang merangkumi 75 peratus penduduk Singapura menguasai 95 peratus ekonomi negara itu. Peratusan tersebut ternyata jauh berbeza jika dibandingkan dengan peratusan kaum-kaum di negara Malaysia yang dilihat sebagai negara berbilang kaum yang tulen.

Malah beberapa kajian yang dijalankan di Singapura telah mendedahkan konflik perkauman dari segi ketidaksamarataan tahap pelajaran dan ekonomi yang sangat signifikan di Singapura. Pokoknya, konflik etnik di Singapura tidak lari jauh daripada pemahaman kita tentang diskriminasi kaum di negara tersebut.

Di dalam The Economic Marginality Of Ethnic Minorities: An Analysis Of Ethnic Income Inequality In Singapore tulisan William Keng Mun Lee, beliau mendedahkan berlakunya diskriminasi kaum dalam perbezaan pendapatan di antara kaum-kaum di Singapura.

Di dalam artikel Assimilation As Multiracialism: The Case of Singapore's Malays tulisan Michael D. Barra & Jevon Low, mereka mendedahkan perlakuan asimilasi kaum yang mungkin menyebabkan berlakunya krisis menafikan identiti kaum Melayu di Singapura.

Lebih membimbangkan apabila Singapura hari ini dilihat terlalu liberal yang berkemungkinan mewujudkan konflik pluralisme dek kerana modenisasi dan globalisasi. Kebimbangan ini ditulis oleh Suzaina Kadira dalam artikel beliau yang bertajuk Islam, State And Society In Singapore.

Justeru, Singapura tidak boleh mendabik dada konon ia adalah negara pelbagai kaum, sebaliknya ia adalah negara kaum Cina di mana penduduk minoriti tidak mendapat layanan yang sama. Tidak ada kebebasan bersuara dan tidak ada erti demokratik yang sebenarnya di Singapura.

21 September 2010

M. Kayveas : Pemimpin India bela gangster

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Gejala gengsterisme melibatkan kaum India didakwa berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin politik di kalangan kaum tersebut yang 'membela' mereka.

M. Kayveas
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mendakwa, tindakan itu bertujuan mengekalkan pengaruh politik dan melindungi kegiatan tidak bermoral pemimpin yang bersikap talam dua muka itu.

Sehubungan itu katanya, beliau sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk memberikan maklumat tentang beberapa pemimpin politik kaum India yang didakwanya 'membela' gengster-gengster berkenaan.

"Terdapat segelintir pemimpin politik daripada kaum India di negara ini yang membela dan menggunakan gengster sebagai orang suruhan mereka.

"Pemimpin politik seharusnya menjadi contoh kepada rakyat. Tetapi, bagaimana kaum India mahu mencontohi pemimpinnya sedangkan mereka sendiri membela gengster bertujuan mencapai kepentingan diri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zaman Khan yang meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera bagi mengekang gejala gengsterisme melibatkan kaum India.

Menurut beliau, ini kerana kumpulan gengster itu mampu bertindak ganas dan kejam berdasarkan beberapa kes yang berlaku sekitar 1980-an.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia turut meminta polis memberi perhatian terhadap gejala gengsterisme di kalangan kaum India yang semakin memuncak.

Mengulas lanjut, Kayveas mencabar pemimpin politik kaum India di negara ini supaya menafikan bahawa mereka 'membela' gengster.

"Saya bukan sengaja membuat tuduhan ini. Malah saya sendiri pernah diberi amaran oleh gengster milik seorang pemimpin politik India yang telah kehilangan kuasa dalam parti politik,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, masyarakat India tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya terlibat dalam gejala tersebut kerana pemimpin mereka sendiri menyimpan gengster.

"Bagaimana anak murid (masyarakat India) ingin bebas daripada gejala gengsterisme sedangkan guru (pemimpin politik India) membela gengster?" katanya.

20 September 2010

Nik Aziz dibidas tidak bangga berbangsa Melayu

KOTA BHARU 19 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibidas kerana tidak bangga berbangsa Melayu sedangkan Islam tidak melarang umatnya menyebut tentang bangsa asalkan ia tidak melebihi tahap agama suci itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'.

"Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam.

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenal. Maknanya Allah jadikan bangsa, itu fakta.

"Saya tidak tahu apa maksud dia (Nik Abdul Aziz) kata tidak bangga dengan Melayu. Memanglah kita tidak setuju kalau bangsa itu dilebihkan tetapi tidak salah (menyebut bangsa) sebab Rasulullah sendiri kata 'ana Quraisy'," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak bangga berbangsa Melayu pada ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu.

Md. Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata, kejayaan yang dinikmati hari ini disebabkan hak-hak keistimewaan Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

"Saya rasa Nik Abdul Aziz terlupa apa yang dia, anak-anak dia, orang Pas dan Melayu dapat hari ini adalah kerana Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan Melayu dan pada masa yang sama juga Islam dapat berkembang sehingga hari ini.

"Ini adalah perjanjian tetapi pada masa yang sama hak kaum lain tidak akan terhalang. Dasar itu memang tepat sebagai timbal balas kepada apa yang orang Melayu berikan sebelum merdeka dahulu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengeluarkan kenyataan politik apabila menyerahkan sepenuhnya kepada Pas untuk menentukan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Kalau betul dia tidak mahu bertanding dia kena kata sudah tidak mahu kerana dia lebih uzur daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," katanya.

Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak bangga berbangsa Melayu menunjukkan anutan politik sebenar Menteri Besar Kelantan itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pengakuan itu bukannya mengejutkan kerana Nik Abdul Aziz sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan berkaitan agama berbaur kepentingan politik kepartian.

Katanya, umat Islam di negara ini pastinya tidak akan melupakan tindakan Mursyidul Am Pas itu yang kerap 'menghalalkan' tindakan pemimpin DAP bagi menjaga hubungan Pas dengan parti pakatan pembangkang yang lain.

"Jadi tidaklah perlu kita terkejut dengan kenyataan berkaitan bangsa Melayu, ia hanyalah untuk menarik undi orang bukan Melayu.

"Dia rasa sudah berjaya memperdayakan DAP dengan menarik perhatian orang Cina sedangkan dia tidak sedar DAP sedang mentertawakannya kerana banyak telatahnya mengundang bencana kepada bangsa Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam dialog bersama wartawan di Kota Bharu semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, beliau tidak bangga berbangsa Melayu kerana bangsa itu datang secara automatik dan dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya berhati-hati apabila membuat kenyataan kerana dikhuatiri ia mengundang sikap bongkak, takbur dan kufur.

Katanya, Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mengenali antara satu sama lain sebagaimana terkandung dalam ayat ke-13, surah Al-Hujurat.

"Manusia yang tidak kenal bangsanya adalah manusia yang tidak mengenali dirinya dan ia membawa kepada tidak mengenal Allah.

"Dia sepatutnya menyelami dan mendalami ayat al-Quran sebelum mengeluarkan kata-kata supaya tidak berlaku bidaah yang memusnahkan ibadah dan memesongkan tauhid diri dan ummah," tegasnya.




18 September 2010

Dr Mahathir : MALAYSIA ACCORDING TO LEE KUAN YEW

By Dr. Mahathir Mohamad

1. Mr Lee Kwan Yew, the Minister Mentor of Singapore is three years my senior. That means he and I practically grew up in the same period of time. That also means that I have been able to watch the progress of Mr Lee, and in fact to interact with him on various occasions.

2. His assertion in his interview with the New York Times that "Race relations (would be) better if Singapore (had) not (been) "turfed out" (of Malaysia) is worth studying. Is it true or is it fantasy?

3. Before Singapore joined the Peninsular, Sabah and Sarawak to form Malaysia, there was less racial politics in the Federation of Malaysia. In 1955 the Malays who made up 80 per cent of the citizens gave a large number of their constituencies to the few Chinese and Indian citizens and ensured they won with strong Malay support. As a result the Alliance won 51 of the 52 seats contested.

4. The Tunku then rewarded this willingness of the Chinese and Indian citizens to support the coalition concept by giving them one million unconditional citizenship. This reduced Malay majority to 60 per cent.

5. In the 1959 elections the Alliance of UMNO, MCA and MIC won easily though Kelantan was lost. PAS with only Malays as members was rejected. Racialism even when implied failed.

6. In 1963 Singapore became a part of Malaysia. Despite having promised that the PAP will not participate in Peninsular, Sabah and Sarawak politics, Kwan Yew reneged and the PAP tried to displace the MCA in the Alliance by appealing to Chinese sentiments in the Peninsular. Of course the slogan was "Malaysian Malaysia" which implied that the Chinese were not having equal rights with the Malays. If this appeal to Chinese sentiments against the Malays was not racial, I do not know what is racial.

7. But the Peninsular Chinese favoured working with the Malays in UMNO. They totally rejected PAP in 1964.

8. Following the Malaysian Malaysia campaign a few UMNO leaders tried to rouse Singapore Malay sentiments. There were demonstrations in Singapore where before there were none. Kwan Yew accused Jaafar Albar for instigating the Singapore Malays. Although I never went to Singapore, nor met the Malays there, I was labelled a Malay-ultra by Kwan Yew himself.

9. By 1965 racism had taken hold and the Tunku was forced to end Singapore's membership of Malaysia. But the seed of Chinese racialism had been sown, so that even after the PAP left, the "Malaysian Malaysia" war cry was picked up by the DAP, an offspring of the PAP.

10. With the background of Singapore's activities in Malaysia in the short three years of its membership, can we really believe that if it had not been "turfed out" race relations would be better in Malaysia?

11. But proof of what would have happened was shown by the politics leading up to the 1969 Election. The MCA began to criticise the Sino/Malay cooperation especially on so-called special rights and demanded for a Chinese University. UMNO then began to clamour for a greater share of the economy of the country. The UMNO/MCA conflict resulted in the Alliance faring very badly in the 1969 Elections.

12. DAP and Gerakan, a new party largely made up of MCA dissidents made gains. The Alliance were shocked and rattled.

13. Then the Gerakan and DAP held their victory parade near the Malay settlement of Kampung Baru, hurling racist insults at the Malays. The result was the 13th May race riots.

14. Till today the racist slogan "Malaysian Malaysia" is the war-cry of the DAP. Racism in Malaysia is clearly the result of Singapore's membership of the country for just three years. Can we really believe that if Singapore had not been "turfed out" Malaysia would have no racial problem.

15. While Kwan Yew talks about his belief that all ethnic communities should free themselves from the shackles of racial segregation in order to promote fairness and equality among the races, he also said that "once we are by ourselves (out of Malaysia) the Chinese become the majority".

16. Singapore's population is made up of 75 per cent Chinese and they own 95 per cent of the economy. It is therefore not a truly multi-racial country but a Chinese country with minority racial groups who are additionally much poorer.

17. In Singapore dissent is not allowed, People who contest against the PAP would be hauled up in court for libel and if they win elections would not be allowed to take their places in Parliament. Whereas in Malaysia opposition parties invariably win seats in Parliament and even set up State Governments (today five out of the 13 States are ruled by the opposition parties) the PAP in Singapore has to appoint PAP members to represent the opposition.

18. Whether the PAP admits it or not, the party has always been led and dominated by ethnic Chinese and have won elections principally because of Chinese votes. The others are not even icing on the cake.

19. If Singapore is a part of Malaysia the PAP can certainly reproduce the Singapore kind of non-racial politics because together with the Malaysian Chinese, the PAP will ethnically dominate and control Malaysian politics. No dissent would be allowed and certainly no one would dare say anything about who really runs the country.

20. Amnesia is permissible but trying to claim that it is because Singapore had been "turfed out" for the present racist politics in Malaysia is simply not supported by facts of history.

21. Lee Kwan Yew and I saw the same things and know the reasons why.

source : Chedet Blog

17 September 2010

Otak Politik Lee Kuan Yew

Oleh ZAINI HASSAN

SAYA amat tertarik membaca temasekreview.com - blog mengenai Singapura yang setaraf The Malaysian Insider. Ia amat kritikal terhadap kerajaan, parti pemerintah negara itu, terutamanya terhadap menteri mentornya, Lee Kuan Yew, 87.

Ada entrinya berkisar mengenai Lee Kuan Yew (singkatan: LKY atau di republik itu dikenali sebagai MM Lee) yang dikatakan pernah membuka dan menawarkan hak penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan kepada 'bakat-bakat dari luar' terutamanya terdiri daripada rakyat China dari Republik Rakyat China.

Strategi beliau mungkin untuk mempastikan penguasaan 75 peratus rakyat Cina Singapura dan juga berusaha meningkatkan keturunan India di republik itu. Mungkin LKY sedang merancang untuk memastikan orang Cina jenis PAP terus menguasai pulau itu untuk selama-lamanya.

Dari segi geopolitik, rancangan LKY itu cukup sempurna dan amat baik sekali. Orang yang diberi taraf itu sudah tentu akan terhutang budi dan memastikan PAP terus berkuasa.


Ia sama seperti apa yang dilakukan semasa zaman Tunku Abdul Rahman yang menganugerahkan hak kewarganegaraan tanpa syarat kepada lebih sejuta orang Cina dan India pada masa itu. Orang Melayu di zaman itu sanggup mengurangkan majoriti mereka dari 80 peratus kepada 60 peratus - yang kesannya kekal sehingga ke hari ini.

Tidak pasti apakah strategi LKY juga meliputi usaha untuk meningkatkan orang Melayu melalui pemberian hak kewarganegaraan dan PR kepada keturunan dari kepulauan Melayu (the Malays jungle) yang mengelilingi negara pulau itu?

Namun, melihatkan senario di atas kertas, ia mustahil akan berlaku?

Mengikut sejarahnya, penduduk asal Singapura atau Temasik adalah terdiri daripada keturunan Melayu, Bugis, Jawa, Boyan dan spesies etnik lain dari alam nusantara ini.

Di masa strategi itu amat dipuji oleh saintis politik sebagai bijak, ia sebaliknya tidak berlaku di negara seberang tambak, Malaysia.

Geopolitik di Malaysia menjadi sebaliknya. Penguasaan orang Melayu yang menjadi induk kuasa negara itu semakin terhakis. Di sesetengah negeri yang dikuasai pembangkang, kuasa bangsa dominan negara ini sudah hilang. Di Selangor yang kononnya diperintah oleh orang Melayu, tangan-tangan ghaibnya ialah orang lain, begitu juga di Perak dulu (sebelum diambil alih) dan tidak perlu cakaplah di Pulau Pinang - ia 100 peratus bukan hak puak dominan negara ini.

Tidak pasti apakah kerajaan Malaysia pun melakukan strategi yang sama seperti LKY dengan memberi banyak PR dan kewarganegaraan kepada rakyat yang seketurunan dengannya?

Apakah itu boleh berlaku? Sekarang pun sudah ada usaha di kalangan hantu-hantu raya yang mahu hubungan Malaysia dan Indonesia, yang mempunyai lebih 250 juta umat yang bercakap bahasa Melayu, diperkotak-katikkan.

Apakah ada pihak yang amat-amat takut sekiranya hubungan Malaysia dan Indonesia menjadi begitu akrab? Presiden Susilo (SBY) sebenarnya amat maklum mengenai perkara itu. Beliau tahu dari segi geografi politik serantau, kuasa Malaysia dan Indonesia amat besar dan berharga.

Kedua-dua kuasa itu jika digabungkan secara strategik, tersusun dan terancang akan menjadi kuasa ekonomi dan kuasa politik yang amat besar. Hal itu turut diakui oleh Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.

Malaysia dan Indonesia jika digabungkan atas semangat serumpun berjumlah lebih suku bilion. Ia adalah satu demokrasi terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia bercakap satu bahasa, dan mengamalkan agama yang sama serta sedikit sebanyak mengamalkan adat resam dan budaya yang sama.

Berbalik kepada otak LKY itu, strategi beliau itu amat baik untuk Singapura. Republik itu mahu memastikan penguasaan Cina di negara pulau itu terus kekal, terutamanya dalam pilihan raya negara itu akan datang. Lebih daripada itu, LKY mahu pastikan partinya PAP terus berkuasa selama-lamanya.

Jika di Malaysia - sudah banyak orang Melayu dan DAP (parti adik-beradik PAP) mahu melenyapkan BN dan UMNO dalam pilihan raya akan datang. Tapi untuk republik itu, DAP mahu PAP terus memerintah?

DAP dikatakan amat akrab dengan PAP, yang turut difahamkan menjadi penasihat kepada kerajaan Pulau Pinang.

Apakah Singapura yang selama ini amat berjaya mengekang penguasaan politik pembangkang di negara itu sudah mulai bimbang? Di atas kertas sekali lagi, parti politik pembangkang di Singapura tidak sebebas di Malaysia.


Di republik itu, tidak ada pemimpin pembangkang yang berani angkat muka - tidak seperti yang kita alami di Malaysia sekarang. Jika angkat muka, mereka akan disaman sehingga bangkrap.

Nampaknya, dari segi demokrasi, kita amat bebas. Internet bebas kata apa sahaja, pembangkang bebas kata apa sahaja, pembangkang juga bebas menyaman mana-mana media arus perdana yang cuba mengancam atau mengkritiknya. Itulah juga yang dilakukan oleh LKY ke atas media asing, membabitkan saman bernilai multi-juta dolar.

Kita di Malaysia memang terkenal cukup bebas. ISA pun kini jarang-jarang digunakan kerana ia tidak demokratik. Cuit minggu lalu yang menyokong ISA telah dihentam oleh The Malaysian Insider dengan memetik pelbagai suara pembangkang. Kata mereka saya cuba mengapi-apikan rakyat.

Nampak gayanya pihak pembangkang di Malaysia kini cukup happy dan relaks. Malaysia cukup bebas untuk melakukan apa sahaja. Momentum mereka semakin hari semakin hebat.

Di Singapura semua di atas tidak berlaku. LKY tidak percaya kepada kebebasan mutlak. Malah seorang yang menghantar komen dalam blog itu menyifatkan PAP is totally about greed and power. Tapi, ironisnya ia diiktiraf sebagai negara yang baik dan parti yang baik oleh pihak pembangkang Malaysia, terutamanya DAP.

Dalam interview terbarunya dengan New York Times (NYT), LKY turut menceritakan kesedihan dan kekesalannya kerana dipaksa keluar (turfed out) dari Malaysia. Namun dalam kesedihan, beliau gembira kerana:

"Kami tidak seperti golongan majoriti yang menyisihkan (squeeze) minoriti, kerana semasa kami menjadi majoriti, kami telah memastikan apa sahaja keturunan kamu, bahasa dan agama kamu semua setaraf... orang Melayu kami berpendidikan Inggeris, mereka bukan lagi seperti Melayu di Malaysia dan kamu boleh melihat mereka adalah yang pakai tudung kepala, tapi begitu moden sekali."

Cuit pernah menulis mengenai isu ini. Sistem politik dan pemerintahan di Malaysia dan Singapura sama sahaja, tapi ia terbalik. Di Malaysia (setakat ini) Melayu yang menguasai birokrasi kerajaan, sebaliknya di Singapura ialah kaum Cinanya. Adalah sedikit kaum India di sana yang diberi jawatan tinggi, mengatasi orang Melayu.

Tapi bagaimana pula dengan orang Melayu Singapura? Alasan popular yang mereka berikan ialah meritokrasi. Jika orang Melayu sana tidak layak, mereka tidak layak dan bukan dipinggirkan.

Tapi hakikatnya di Malaysia, Cina menguasai segala-galanya. Dalam birokrasi kerajaan, orang Cina Malaysia tidak begitu berminat menyertainya kerana mereka lebih berjaya di dalam sektor swasta yang dikuasai oleh orang Cina.

Oleh itu, Mr. MM Lee, apa bezanya dan mengapa perlu anda bersedih?

Beliau turut sedih dan kesal apabila Singapura dipaksa keluar dari Malaysia kerana jika ia tidak berlaku mungkin situasi antara kaum, katanya akan diperbaiki secara lebih holistik.

"Sekarang kita mempunyai Malaysia yang begitu berpecah-belah (polarised). Melayu, Cina dan India di sekolah yang berbeza, hidup secara berpisah dan tidak baik antara satu sama lain.... ia amat buruk untuk kami sebagai jiran terdekat."

Kita setuju dengan perkara itu. Di Singapura, LKY pastikan tiada sekolah Cina dan India, tapi di Malaysia kami membenarkan ia wujud, sehinggakan orang Cina Malaysia tidak mahu sistem itu diubah dan ditukar untuk selama-lamanya.

Sudah tentu Mr. MM Lee lebih arif, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sistem sekolah Cina dan Tamil.

Oleh itu, wahai Mr MM Lee, mengapa perlu bersedih? Mungkin juga beliau bersedih kerana Malaysia tidak mengikut caranya dulu menghapuskan sistem sekolah Cina dan menukarkannya kepada satu sistem kebangsaan.

LKY juga menurut blog temasekreview.com didakwa turut menggunakan sentimen berbau rasis untuk mengekalkan kuasa politiknya. Dalam wawancara itu beliau bercakap mengenai soal politik negara itu dan kebimbangannya dengan orang muda yang tidak lagi mahu bercakap mengenai kaum, bahasa dan agama.

Dalam satu petikan wawancara NYT tersebut yang dihentam oleh blog itu, LKY berkata: ''...Cara paling mudah untuk mendapatkan undi majoriti ialah: 'Undilah saya, kita orang Cina, mereka ialah orang India dan mereka ialah orang Melayu'. Maka, masyarakat kita akan berpecah. Kalau kita tiada masyarakat yang bersatu, anda tidak boleh maju."

Ternyata, kenyataan LKY itu tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri. Mereka menuduh LKY membuat kenyataan berbau rasis, apabila beliau menyentuh mengenai ras-ras itu.

Namun hakikatnya, jika kita baca blog itu, Singapura sebenarnya bukanlah seperti yang kita sangkakan, atau yang DAP dan pembangkang di sini sangkakan.


Penentangan terhadap kerajaan PAP yang gemar bermain dengan sentimen kecinaan dan perkauman bukan semua yang suka.

Seorang pengulas memberi komen: "Mungkin dia (LKY) terlalu pesimistik... Begitu banyak negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, tidak nampak atau dengar pun mereka berpecah-belah. Biarlah optimistik sikit."

Pengulas yang lain pula menukar kata-kata LKY itu menjadi: Cara untuk mendapatkan undi ialah: 'Undi keluar PAP, Singapura untuk rakyat Singapura!"

Lebih menarik seorang lagi pengulas: "MM Lee, tolong jangan ancam kami! Adakah anda mengapi-apikan 'keganasan'. Kami orang Singapura asli adalah bersatu, walau berbeza bangsa dan agama. Orang Singapura sebenar adalah bijak, merendah diri, disiplin, ramah dan bertolak ansur...

"Apa yang kamu sebut sebagai bakat dari luar, yang kamu benarnya ke dalam negara kami yang aman ini, tidak lain hanyalah pengacau - ia hanya baik untuk PAP."

Seorang pengulas yang tidak makan dengan wawancara LKY itu menyebut, sekarang beliau tidak boleh lagi berkata, "Matahari itu berwarna hijau!"

Membaca wawancara LKY itu, kita tidak pasti apa motifnya menceritakan kesedihan beliau berhubung pemisahan Malaysia-Singapura.

Semua orang tahu, LKY seorang strategis Singapura yang hebat.

Menurut entri terbaru Tun Mahathir, chedet.com.cc: "Jika Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia, PAP pastinya akan memperkenalkan politik bukan perkauman (non-racial), kerana bersama-sama Cina Malaysia, PAP akan mendominasinya secara etnik dan menguasai politik Malaysia. Tiada penentang yang akan dibiarkan dan pastinya tiada siapa yang berani untuk bercakap apa-apa mengenai siapa yang memerintah negara itu."

Persoalannya, apakah LKY bercita-cita besar mahu melihat Malaysia-Singapura digabungkan semula?

Tidak mustahil. Jika DAP dan konco-konconya berjaya menguasai negara ini kelak, ia tidak mustahil boleh berlaku.

Pada masa itu Singapura akan menjadi Singapura Raya.

16 September 2010

Siapa Ir Nizar Jamaluddin dan permainan DAP di Perak

Oleh : Editorial Media-Manjung

Video 1


Dalam video 1 anda nilaikan sendiri seadil-adilnya. Ternyata PAS membohongi rakyat Perak dengan retorik Pro-Islamnya sedangkan ia ternyata munafik dan mempergunakan agama untuk kepentingan diri dan kuasa!. Ir Nizar Jamaluddin yang sebelum ini langsung tidak dikenali namun atas "perkongsian hidup" dan ingin menjaga hati DAP, Nizar dan PAS mula menunjukkan taringnya untuk "membunuh" kuasa Melayu di Perak.

Video 2


Dalam Video 2, anda lihat bagaimana Pakatan Rakyat Perak dibawah DAP dan bonekanya PAS memberi status tanah 999 (sembilan ratus sembilan puluh sembilan) tahun kepada Cina. Hey! bodoh ke nak bagi tanah selama tu kepada bangsa pendatang??. Nasib baik memerintah beberapa bulan, kalau terus sepenggal 5 tahun entah apa yang Pakatan Rakyat lacurkan di bumi Perak ni.

Video 3



15 September 2010

Kenapa Memusuhi Perkasa?

Oleh : ZULKIFLEE BAKAR

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang ditubuhkan dengan hasrat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bumiputera di dalam Perlembagaan terus dipandang serong.

Entah mengapa sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu akan dilihat rasis. Ertinya, seorang Melayu tidak kira siapapun tidak lagi boleh bercakap soal hak dan kedudukan mereka sebagai orang Melayu.

Kalau mereka bercakap soal itu, maka mereka dianggap rasis dan perlu dijauhi, itulah yang dialami oleh Perkasa sekarang.

Apa yang anehnya sebelum ini apabila wujudnya pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan sesuatu kaum seperti Hindraf , Siqui dan Dong Zhong tidak pula dilihat sebagai rasis.

Malahan tidak ada satu pun parti politik sama ada di dalam kerajaan mahupun pembangkang membuat kenyataan meminta pertubuhan-pertubuhan berkenaan dijauhi.


Namun yang peliknya apabila menyentuh soal Perkasa, semua parti-parti tersebut hatta UMNO sekalipun mahu menjauhinya. Semuanya kerana bimbang dituduh rasis memandangkan ia ada kaitan dengan orang Melayu.

Sebenarnya ia tidak menguntungkan orang Melayu, malahan ia akan menyemarakkan lagi semangat puak-puak tertentu untuk terus menyentuh apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan.

Mereka boleh berbuat demikian kerana yakin apa yang diperjuangkan oleh Perkasa tidak akan dibela oleh mana-mana parti politik Melayu sama ada UMNO mahupun Pas.

Keadaan itu berlaku kerana Perkasa dilihat sama taraf dengan Hindraf, Perkasa dianggap rasis dan Perkasa dituduh puak pelampau.

Tetapi adakah tuduhan yang sama pernah dilemparkan kepada Siqui, Dong Zhong dan Hindraf. Perkasa tidak pernah membuat tuntutan seperti mana ketiga-tiga pertubuhan berkenaan.

Tidak pernah pula sepanjang kewujudannya, Perkasa berarak ke Kedutaan Britain bagi menuntut kerajaan negara itu membayar pampasan kepada orang Melayu terhadap apa yang berlaku ketika zaman penjajahan dahulu, tetapi ia pernah dilakukan oleh Hindraf bagi kaum India, yang jelas bersifat perkauman.

Ketika itu, tidak ada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) atau pembangkang menyanggah Hindraf, Siqui atau Dong Zhong.

Malahan penulis masih ingat sebelum pilihan raya umum lalu ketika menemuramah seorang pemimpin kanan MIC, beliau meminta penulis jangan siarkan kenyataannya mengkritik Hindraf, katanya takut orang India marah.

Begitu juga MCA dan Gerakan, apakah pernah mereka membawa usul supaya BN menjauhi Siqui dan Dong Zhong? Tetapi kenapa apabila menyentuh soal Perkasa, pendirian mereka berbeza?

Apakah kerana Perkasa memperjuangkan hak Melayu dan bumiputera maka ia dilihat salah dan terlalu perkauman?

Kita jangan lupa apabila parti-parti komponen BN terutamanya Gerakan, MCA dan MIC memperoleh keputusan buruk dalam pilihan raya umum, mereka menyalahkan UMNO. Mereka kata UMNO terlalu dominan, ertinya sebuah parti Melayu disalahkan.

Sekarang mereka mencari alasan lebih awal dengan meminta supaya Perkasa yang jelas memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu di dalam Perlembagaan dijauhi. Nampaknya misi mereka berjaya.

Persoalannya, apakah ini akan menguntungkan kerajaan atau lebih tepat orang Melayu? Apakah dengan menjauhi Perkasa, ia boleh memberi jaminan bahawa komponen-komponen BN itu akan mencapai kejayaan dalam pilihan raya nanti?

Sekarang ini pun, awal-awal lagi Parti Gerakan di Pulau Pinang sudah meramalkan DAP akan terus memerintah Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ertinya mereka sudah mengalah lebih awal. Apakah ramalan itu dibuat kerana Perkasa begitu kukuh di Pulau Pinang?

Kalau awal-awal lagi sudah mengaku kalah, tidak perlulah pucuk pimpinan BN memberi kerusi kepada Gerakan untuk bertanding, lebih baik serahkan kepada UMNO atau parti lain yang ingin berjuang habis-habisan.

Apa yang ingin disampaikan ialah jika sesebuah parti itu kalah di dalam pilihan raya, ia bukan kerana orang lain tetapi disebabkan kelemahan kepimpinan parti itu sendiri.

Jadi, janganlah cuba menjadikan Perkasa sebagai kambing hitam. Bukanlah suatu rahsia lagi bagaimana MCA, Gerakan atau MIC malahan UMNO (di sesetengah negeri) belum mampu mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya.

Oleh itu, apabila Perkasa cuba dijauhi ia sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya yang akan mengalami kerugian besar ialah orang Melayu.

Perkasa bukannya parti politik, Perkasa seperti mana kata Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan kepada penulis, pertubuhan itu hanya mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

''Kita menentang usaha mewujudkan Perlembagaan baru, Dasar Ekonomi Baru (DEB) digugat dan mempertahankan kontrak sosial, itu yang kita buat, kita tidak menentang mana-mana kaum, tetapi kenapa kami harus menjadi mangsa?,'' kata Ibrahim.

Justeru, jika Perkasa cuba dijauhi dan dimusuhi, maka orang Melayu akan berpecah lagi. Setelah sebelum ini, orang Melayu sudah berpecah ke dalam UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan atas pagar, kini wujud pula puak yang menyokong Perkasa.

Kesudahannya siapa yang lemah? Sudah tentu orang Melayu. Sebab itulah, sementara kita menentang sebarang perjuangan mempertahankan hak sesuatu kaum secara keterlaluan seperti dilakukan oleh Hindraf dalam masa yang sama, kita juga perlu mengelak daripada terperangkap dalam politik licik mana-mana pihak yang mahu melemahkan kuasa politik Melayu secara tersirat.

Adalah lebih baik jika Perkasa tidak dimusuhi sebaliknya diajak berbincang mengenai apa yang mereka perjuangkan. Orang Melayu tidak mendapat apa-apa faedah jika Perkasa mewujudkan sebuah lagi pakatan politik, sebaliknya hanya akan menyebabkan kuasa politik Melayu semakin berkurangan kerana perpecahan yang berlaku.

Jika ini terjadi, maka sudah pasti semakin banyak pihak yang akan 'naik tocang' dan membuat tuntutan yang bukan-bukan sehinggakan Perlembagaan negara pun mahu ditulis semula.

Ingatlah pesanan Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai isu Perkasa. Antara lain beliau berkata, ''Oleh kerana kita (BN dan UMNO) memerlukan sokongan daripada seberapa ramai orang, tidak perlulah kita bermusuh dengan orang. Ia langsung tidak memberi sebarang faedah dan keuntungan.''

MCA DAN MIC PERLU TEGAS MENOLAK SUQIU, DING ZONG, JIAO ZONG DAN HINDRAF

Oleh : http://mediawangsamaju.blogspot.com

GWM tidak mahu menyentuh isu Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat komponen BN yang telah sebulat suara menyatakan UMNO menolak PERKASA. Agak luarbiasa kerana Perdana Menteri yang seharusnya mempengerusikan mesyuarat komponen BN dan memberi kata putus.

GWM juga tidak mahu menyentuh isu Nazri Aziz menyokong penuh UMNO menolak PERKASA yang dianggap sebagai badan ekstrimis orang Melayu. Seorang Melayu yang pernah merangkap Ketua Pemuda UMNO suatu ketika dahulu yang cukup gagah kini semakin lelah dan lemah.

GWM juga tidak sesekali ingin menyentuh Khairy Jamaluddin ...... suara budak hingusan yang mendambakan jawatan Perdana Menteri sebelum mencecah umur 40 tahun.

Kesemua di atas sudah berlaku dan berlalu. The damage has been done! Let bygone be bygone!

Setelah sebuah badan bebas NGO Melayu ditolak sejauh jauhnya oleh UMNO dan BN. Sudah tiba masanya MCA dan MIC wajib menolak badan badan NGO bukan Melayu jauh dari sisi perti masing masing.

MCA dan MIC wajib mendesak para pemimpinnya untuk membuat satu press conference dan press statement untuk menolak sama sekali kewujudan Jiao Zong, Dong Zong, Suqiu dan Hindraf. Malah apa juga pertubuhan yang dilihat mencabar hak dan keistimewaan Islam dan Orang Melayu.

Siapa yang tidak mengenali pertubuhan Cina dan India seperti yang telah disebutkan di atas?

Keempat empat pertubuhan NGO ini adalah ekstrimis, chauvinist dan mempunyai unsur unsur communist dalam perjuangan mereka.

Apakah kenyataan GWM di atas berbaur perkauman dan tidak mempunyai asas kukuh dan bukti menunjukkan pertubuhan pertubuhan 'haram jadah' ini juga berbaur perkauman.

Lupakah MCA dengan tuntutan Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina) dan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) yang terus terang menolak Sekolah Wawasan dan masih berdegil dengan konsep vernacular mereka?




Pertubuhan ini yang tetap angkuh dan sombong dengan sekolah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, langsung tidak membantu ke arah perpaduan nasional yang hakiki.


Lupakah MCA dengan Suqiu (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan Persatuan Cina Malaysia)? Apakah MCA juga sudah bebal dan nyanyok atau sengaja melupakan dengan 83 tuntutan yang tidak munasabah.

Pertubuhan ini yang telah mendesak Kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti, mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputera dalam semua bidang baik ekonomi mahupun politik, menghapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

Yang cukup nyata kesemuanya tuntutan di atas sudah termasuk di dalam perkara 153 dan tidak boleh dipertikaikan serta dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

MIC juga patut menyatakan pendiriannya dengan pertubuhan haram Hindraf.




Apakah MIC juga turut mengalami sindrom Parkinson Disease sehingga lupa kepada 18 tuntutan Hindraf yang juga termasuk didalam perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan?

Lupakah MIC kepada rempuhan haram pertubuhan ini ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri sewaktu Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri?


MCA dan MIC perlu menyatakan pendirian mereka dengan jelas terhadap pertubuhan pertubuhan ini.

MCA dan MIC perlu mengikut jejak langkah UMNO untuk turut serta menolak bulat bulat badan badan NGO ini supaya tidak dikaitkan juga dengan parti masing masing.

Persoalannya ... apakah MCA dan MIC masih mempunyai kejantanan untuk berbuat demikian?

Atau kedua dua parti ini akan menyorok di bawah karpet dan mengunci mulut masing masing dari membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung dengan desakan ini.

GWM menuntut MCA dan MIC untuk turut serta menolak badan badan NGO ini secara rasmi di dada akhbar rasmi dan portal portal alam maya.

Jika tidak, GWM menganggap kedua dua parti ini, MCA dan MIC sebagai bacul dan bersubahat dengan fahaman dan tuntutan ekstrimis yang dibawa oleh pertubuhan ini.




14 September 2010

Idea Sebenar Dr. Mahathir Mengenai Dinar Emas

Oleh : Malaysia Insider!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah mencadangkan agar dinar emas digunakan sebagai mata wang harian.



Mata wang dinar dan dirham menerima respons menggalakkan dengan transaksi bernilai RM1.5 juta disempurnakan dalam tiga minggu pertama.

Sebaliknya menurut Dr Mahathir, beliau hanya mengesyorkan agar dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa.

"Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja.

"Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Awal bulan ini, Kelantan Golden Trade (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan berkata, respons terhadap mata wang syariah dinar dan dirham sangat menggalakkan dengan jualan RM1.5 juta telah disempurnakan dalam tempoh tiga minggu pertama sejak diperkenalkan.

Sehubungan itu, KGT bercadang untuk memperkenalkan mata wang tersebut di Selangor dan Kedah yang diterajui Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pegawai Eksekutif KGT, Umar Ibrahim Vadillo berkata, pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Selangor dan Kedah untuk menggalakkan penggunaan mata wang dinar dan dirham di kedua-dua negeri itu.

Selain itu KGT juga bercadang untuk memperkenalkan mata wang syariah itu di Acheh.

Umar berkata, pihak berkuasa agama Islam Selangor juga menunjukkan sokongan mereka terhadap penggunaan dinar dan dirham untuk membayar zakat.

Awal minggu lepas kerajaan pusat berkata tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka.

Kelantan memperkenalkan dinar dan dirham sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.

Terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.



Kata Dr Mahathir, walaupun harga emas lebih stabil daripada mata wang, tetapi nilai emas juga bergerak.

"Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai AS$35. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai AS$1,300.

"Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa dolar masih diguna," kata beliau.

Beliau berkata jika satu syiling emas diberi nilai RM1 hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat, maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu ringgit.

"Mereka akan guna wang kertas satu ringgit. Syiling emas akan disimpan.

"Lama-kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran.

"Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan," kata beliau dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan emas dunia.

"Mekanisme yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas.

"Simpanan mata wang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.

"Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara.

"Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport," katanya.

Dr Mahathir menambah jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.



"Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu.

"Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter," kata bekas menteri kewangan ini.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi.

"Permainan oleh penyangak mata wang juga akan terhenti," katanya.

11 September 2010

Edisi khas Merdeka! : Filem Black Hawk Down dan realitinya.

Oleh : Rais Yeop Johari

Rencana khas membongkar kisah benar disebalik filem Black Hawk Down yang turut melibatkan pasukan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Bahagian 2 : Monarki dan Komunis Cina

Siapakah yang membunuh Maharaja China dan menghapuskan sistem monarki yang berjalan sejak beribu tahun dahulu dengan dinasti-dinasti agung China memerintah dan menyatukan China? Sejak Maharaja China tahu taktik Barat ingin menguasai jajahan-jajahan China yang luas itu,beliau tetap menolak segala helah Barat untuk masuk ke dalam pentadbiran China. Hasilnya ialah siri Perang Candu yang mengaibkan bangsa Cina.Siapa kata hanya Melayu sahaja tertipu dengan perjanjian berat sebelah kuasa barat?Taktik Illuminati di China berbeza dengan taktiknya di Kepulauan Melayu,mereka menyeludup candu dalam jumlah yang banyak untuk melekakan orang-orang Cina.Sila lihat siri Once Upon a Time in China yang menceritakan taktik Barat memberikan dadah kepada rakyat Cina.



Tentang talibarut-talibarut Barat yang rakus ingin membunuh Maharaja China.Apabila orang-orang Cina sudah leka dengan segala kekayaan dan hiburan yang dibawa oleh Barat,maka rasa hormat dan sayang kepada maharaja mereka sudah hilang.Padahal itulah simbol keagungan bangsa China dan tradisi yang amat lama yang sepatutnya dipertahankan sepertimana orang-orang Melayu yang amat sayang kepada raja-raja mereka walaupun 1001 cara Barat untuk merendah-rendahkan setidak-tidaknya, walaupun hajat besar mereka ialah menghapuskan terus raja-raja Melayu sepertimana mereka berjaya menghapuskan Maharaja China.

Siapa yang membaca biografi Puyi iaitu Maharaja terakhir China,sudah tentu amat sedih dengan perlakuan dan biadab sesetengah talibarut Illuminati Cina yang tidak menunjukkan rasa hormat langsung terhadap maharaja mereka.Terutama ketika Revolusi Budaya oleh Mao Zedong menyaksikan Puyi menjadi sasaran mudah provokasi oleh Red Guard,satu militan muda Cina komunis.Ketika itulah Maharaja Puyi yang telah dilucutkan taraf maharajanya menghadapi tekanan demi tekanan hidup yang amat hebat,malu dan maruah yang tercalar,pernah ditangkap oleh kerajaan Rusia,kerajaan asing yang memenjarakannya dan diburu oleh revolusi komunis yang dimulakan oleh Dr. Sun Yat Sen.Maharaja China yang dahulunya gagah dan hebat menjadi hina dan terbuang di negara sendiri.

Sungguh beruntung raja-raja Melayu yang masih disayang-sayang oleh orang Melayu yang gigih mempertahankan warisannya sehingga ke hari ini walaupun pihak Illuminati mengupah bermacam-macam talibarut,menggunakan 1001 cara serta membuat pelbagai perjanjian berat sebelah untuk menghapuskan intitusi kesultanan Melayu tetapi orang Melayu masih degil memegang erat takhta raja mereka dan raja-raja Melayu juga bagaikan melekat kukuh di atas takhta walaupun anjing British paling hebat,Harold MacMicheal dikirim ratu England,berusaha menarik,menyepak dan menunjal-nunjal sultan-sultan Melayu supaya meninggalkan takhta namun usahanya sia-sia.Kesultanan Melayu masih gagah dan tidak hilang dari peta dunia walaupun diasak oleh kuasa imperialis yang hebat.Tidaklah dapat dibandingkan dengan raja Thai kerana raja Thai tidaklah menerima dugaan yang hebat sepertimana yang diterima oleh raja-raja Melayu.Mungkin kejayaan terbesar pihak Barat ialah menjadikan negeri Melaka tiada bersultan sehingga hari ini tetapi warisannya masih ada di Perak dan Johor.



Rakyat Cina yang berbilion lebih banyak dari orang Melayu di Tanah Melayu nampaknya tidak dapat mempertahankan seorang maharaja mereka.Ini yang menyebabkan seorang Li dihantar ke Kepulauan Melayu untuk mengawasi sultan-sultan Melayu.

Mengapa?

KERANA SALASILAH AHLI BAIT TELAH MENGALIR KE DARAH KETURUNAN SULTAN-SULTAN MELAYU.


Sistem monarki adalah penghalang sebahagian plan 'The Hidden Hand'.

Sebab itu sistem monarki di China dihapuskan dan diganti dengan sistem komunis.Kesultanan Melayu tidak terhapus tetapi berjaya dikurangkan.Siapa Lord Reid?Seorang Freemason yang tidak akan melepaskan kemerdekaan Tanah Melayu kecuali undang-undang Islam tidak terlaksana di bumi Melayu.Siapakah Maharaja China?Sebenarnya maharaja-maharaja China rata-ratanya adalah sahabat baik negeri-negeri Melayu.Maharaja China juga menyambut baik utusan nabi,Saad Abi Waqqas dalam mengembangkan Islam sehingga sahabat nabi itu meninggal di China.

Cuba jawab soalan ini,mengapa empayar China yang besar itu tidak mengusik pun negeri-negeri Melayu?Mungkin bukan sukar untuk askar-askar China yang ramai itu menakluk kerajaan-kerajaan Melayu yang terpecah-pecah itu.Mengapa?Adakah Maharaja China gerun dengan negeri-negeri Melayu?Apa rahsianya?

INI ADALAH MISTERI TERBESAR DALAM HUBUNGAN KLASIK ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA.

Padahal raja Chola dari India bersusah payah berusaha menakluk negeri-negeri Melayu manakala tentera Monggol telah berjaya sampai di Jawa dan menjatuhkan kerajaan Singhasari di sana, sebelum dikhianati oleh rakan kongsi mereka dari kalangan orang Jawa yang sebenarnya mempergunakan kuasa Monggol untuk memusnahkan musuhnya dan selepas menghalau Monggol keluar dari Jawa,lahirlah Majapahit.

APAKAH RAHSIA DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA SEJAK BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU?

MENGAPA DALAM SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DAN EMPAYAR CHINA,TIADA PUN PENCEROBOHAN ATAU PENAKLUKAN DARI EMPAYAR CHINA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU?

Rahsianya ialah, sebenarnya Empayar China dan kerajaan Melayu purba mempunyai hubungan diplomatik yang sangat erat, BANGSA CINA DAN BANGSA MELAYU PADA ZAMAN DAHULU ADALAH BERSAHABAT BAIK DAN TOLONG-MENOLONG.

Tetapi terdapat satu rahsia lain yang melibatkan hubungan terahsia antara keturunan maharaja China dan orang-orang Melayu.

Jadi mengapa pada hari ini terdapat orang-orang Cina yang bersifat terlampau perkauman dan rasis serta tebal sikap kauvinis Cinanya? Mengapa Cina Singapura bekerjasama dengan Zionis untuk mengawal pergerakan Melayu-Islam di Kepulauan Melayu?


Jika dahulu Maharaja China selalu membantu negeri-negeri Melayu dalam perdagangan dan hubungan diplomatik dan pernah bersetuju menaungi negeri-negeri Melayu dari ancaman musuh (ketika itu boleh diibaratkan China adalah kuasa besar di sebelah Timur manakala Rom dan Parsi di sebelah barat) mengapa ada sesetengah pemimpin-pemimpin Cina pada hari ini benci malah ingin menghapuskan kuasa politik orang-orang Melayu terhadap tanah airnya sendiri?

Sesungguhnya ketika The Last Emperor,Maharaja Puyi menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1967 di Beijing,orang-orang Melayu telah kehilangan salah satu sahabat baik mereka.Yang tinggal selepas itu adalah pemimpin-pemimpin Komunis Cina yang kejam dan dirasuk racun Illuminati penyembah Iblis.

Mengapa orang-orang Cina pada hari ini sebahagian dari mereka menjadi musuh dalam selimut kepada orang-orang Melayu?

ORANG-ORANG CINA YANG MENJADI MUSUH MELAYU ADALAH CINA KOMUNIS DAN CINA ZIONIS.Bukannya Cina Konfusius atau Tao atau yang mengamalkan ajaran-ajaran Buddha.

Masih ada orang-orang Cina Buddha yang berpegang teguh pada ajaran Konfusius dan Tao yang tidak mahu bersikap rasis terhadap orang Melayu.

Cina Komunislah yang diajar tentang sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Illuminati-Zionis supaya menghapuskan orang-orang Melayu ketika Tanah Melayu kosong dari pemerintahan pusat selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu dan British belum tiba lagi ketika itu.Mengapa secara tiba-tiba Parti Komunis Malaya beria-ria untuk memerintah Malaya dan kelam kabut melakukan huru hara melalui militannya yang dikenali sebagai tentera Bintang Tiga?

Di Kota Singa,berdiamlah Maharaja China Illuminati yang baru!




Bahagian 1 : Monarki dan Komunis Cina

Bagaimana Nama-nama Orang Cina dibentuk

Sesebuah nama Cina dibentuk dari nama keluarga (surname),yang mana ia ditulis dahulu dan kemudian barulah nama seseorang itu.Nama keluarga biasanya mengandungi satu karakter setiap satu,walaupun di sana ada pengecualian seperti Ouyong dan Situ.Terdapat lebih 6000 nama keluarga Cina untuk lebih kurang 1 billion penduduk Cina.Nama keluarga Cina yang kerap digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris (Amerika,U.K dan Australia) adalah seperti Chan,Lin,Li,Wong,Huang,Mei,Yang,Chin dan Fong.Di Tanah Besar Cina, 5 keluarga Cina yang elit adalah Chen,Li,Zhang,He dan Huang.

Nama keluarga dalam tradisi Cina adalah lebih memberikan makna berbanding orang-orang Amerika.

Nama keluarga 'Li' adalah amat popular di China,mungkin tidak seperti nama Smith di Amerika tetapi mungkin seperti nama Brown.Seseorang Cina yang mempunyai nama keluarga yang sama dengan seseorang yang lain mempunyai kesetiaan yang tinggi berbanding orang lain yang tidak sama nama keluarganya.Contohnya,jika dua orang Cina mempunyai nama keluarga Li maka mereka dengan segera dapat berhubungan dengan baik walaupun sebelumnya mereka saling tidak mengenali.Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah sekalipun jika ada di antara mereka berkahwin antara satu sama lain,ini boleh dikatakan sebagai sumbang mahram (incest) di China.

Jika di Amerika dua orang bernama Brown bertemu,mereka tidak akan merasakan hubungan yang erat sebagaimana dua orang Li bertemu di China.Nama Li mempunyai sejarah yang panjang yang mana berbalik kepada orang tertentu seperti Maharaja Zhuanzhu iaitu dikatakan Li yang pertama dan hidup sebelum tahun 2000 Sebelum Masehi.Ini adalah menurut Xing Juan,kamus nama-nama keluarga Cina.Keluarga Li juga mempunyai sejarah lama dan berkaitan dengan banyak cerita.

Ketika Dinasti Tang lebih kurang 15 nama keluarga berbeza telah diberi penghargaan kerana memiliki nama Li.Li Yuan adalah pengasas Dinasti Tang yang mana berlangsung dari 618 ke 906 Masehi.Anaknya yang memerintah selepas dia adalah Li Shimin.Ketika dinastinya,percetakan dan duit kertas telah diperkenalkan di China (adalah menarik bila mengetahui kaitan Li dengan pengenalan duit kertas-bandingkan dengan Yahudi Rothschild dan penguasaan sistem kewangannya).

Dalam sejarah moden,3 orang Li telah menonjol dipentas dunia:

  1. Billionaire' dan pemerintah 'de facto' Hong Kong, Li Ka-Shing
  2. Pemerintah China 'Merah' Komunis, Li Peng
  3. Presiden dan diktator Singapura, Lee Kuan Yew

Masih lagi samar-samar adakah mereka ini adalah 'Li' yang saling berhubung.Namun mereka mempunyai 'surname' yang sama dan sudah tentu mereka mempunyai perkaitan serta berbangga dengannya.

Jika kesemua Li ini yang mana mengawal pelbagai negara saling berhubung,kita sedang membicarakan satu keluarga yang amat berkuasa di dunia.

Yang manakah sebahagian dari Illuminati?

Menurut kajian,Li Ka-Shing dan keluarga Li yang berkuasa di Hongkong adalah tidak diragukan sebahagian dari Illuminati.Ini tidak menghairankan apabila diketahui 'The Hidden Hand' gemar memburu orang-orang yang kaya,berpengaruh dan berkuasa di dunia untuk dijadikan hamba-hamba pencacainya.Walaupun masih samar-samar perkaitan antara mereka,namun ada sesuatu yang menarik yang merupakan petunjuk kepada 'secret societies' Cina dan Illuminati.

Sebagai pembuka cerita,mengapa Rockefellers dan Rothschilds mempunyai hubungan rapat antara Li China Merah?Mengapa Perdana Menteri Republik Rakyat China,Li Peng menemui Rockefellers dan para kapitalis yang lainnya ketika dia datang ke New York?Padahal Li Peng adalah komunis tegar yang bertentangan dengan kapitalis?Bukankah Komunis telah menamakan Kapitalis sebagai musuh ketatnya?Dan apabila kita menyaksikan orang-orang dalam Illuminati seperti Skull & Bones (ini kelompok rahsia George Bush) iaitu George Bush melayan dengan baik dan amat rapat,padahal Li Peng baru sahaja menaikkan kemarahan Barat dengan Peristiwa Tiannamen?Ini adalah amat misteri dan sesuatu yang menarik untuk disingkap.

Sebenarnya telah diketahui oleh pengkaji konspirasi dunia bahawa China Komunis sememangnya bekerja untuk New World Order? Aneh? Tidak,kerana fahaman komunis sebenarnya adalah rumusan idea 'The Hidden Hand' untuk memporak porandakan dunia,supaya sistem 'Ordo Ab Chao' dan Divide & Rule nya berjalan lancar.Kitab komunis 'Das Kapital' adalah sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemason untuk mengelirukan manusia.Ia ibarat Protocols of The Learned Elders of Zion baru untuk memisahkan dunia kepada Blok Barat dan Blok Komunis.Hasilnya,mereka berjaya memecahkan bangsa Korea sehingga ke hari ini serta Vietnam dan Jerman buat sementara.Amat penting untk mengawal negara yang padat penduduknya seperti China dan Russia dengan satu fahaman ekstrem seperti komunis.Apabila mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,kemiskinan adalah sesuatu yang sukar dielakkan.



Maka konsep Komunis yang memiliknegarakan ekonomi seolah-olah sesuatu yang bagus untuk kesejahteraan rakyat China dan Russia.Tetapi yang diselindungkan adalah beribu-ribu rakyat kedua-dua negara mati akibat menentang sistem 'The Hidden Hand' ini.Hakikatnya China dan Russia masih diperintah oleh Illuminati melalui boneka-bonekanya.Di manakah Maharaja China yang gagah dan hebat dahulu?Negara-negara naungan,sahabat mahupun seterunyanya yang lebih kecil seperti Kesultanan Melayu,bangsawan Thai dan bangsawan Jepun masih mengekalkan keturunan dirajanya.Adakah kita mendengar keturunan bangsawan China contohnya Maharaja Shih Huang Ti disebut-sebut dalam berita perdana pada hari ini?

Tiada.

Yang tinggal adalah Forbidden City sahaja tanpa Maharaja dan keluarganya.Keturunan Maharaja China telah lama pupus oleh talibarut Illuminati iaitu komunis yang menghapuskan sistem monarki yang dibangga-banggakan orang Cina sejak beribu tahun dahulu.Hanya satu jalan sahaja semua ini dapat dilaksanakan oleh Illuminati adalah melalui hubungan mereka dengan Keluarga Li yang bekerja untuk NWO.

06 September 2010

Kenapa Allah Jadikan Khoo Kay Kim Tu Orang Cina

Oleh JEFRI ZACHARIAH

Siapa tak kenal sejarawan Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim, anak kelahiran Kampar, Perak yang dah berpuluh tahun menghuni pejabat Jabatan Sejarah di Universiti Malaya.



Beliau sentiasa menjadi pilihan para sarjana dan media apabila timbul sesuatu polemik yang memerlukan penjelasan secara rasional dan penuh akademika.

Dalam konteks negara kita, saya cukup bersyukur kerana Allah menjadikan beliau dari keturunan Tionghua, bahkan saya lebih bersyukur jika beliau sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggalkan kita semua.

Mengapa saya katakan yang saya bersyukur bila Kay Kim dilahirkan daripada keturunan Tionghua?

Jawapannya mudah. Ini kerana beliau boleh beritahu kaumnya tentang betapa pentingnya mempelajari sejarah, mengambil iktibar daripada sejarah, dan belajar daripada sejarah.

Ini kerana ramai keturunan Kay Kim sekarang ni, bukan saja buta sejarah, tetapi tak mahu ambil tahu pasal sejarah dan paling mengecewakan, cuba putar belitkan sejarah!

Allah sangat hebat. Dia tahu bangsa Kay Kim ni lebih kurang macam Belanda dapat tanah, tak pernah cukup dan tak pernah bersyukur, lalu Dia ciptakan Kay Kim dan menghantarnya ke bumi yang bernama Malaysia.

Alhamdulilah, Kay Kim nampaknya setakat ini telah memainkan peranannya dengan cara yang cukup berkesan.

Beliau tak peduli tentang sensitiviti masyarakatnya, beliau tidak peduli tentang patriotisma membuta tuli masyarakatnya, beliau tidak peduli 'chauvanisme' pemimpin masyarakatnya, yang beliau tahu adalah FAKTA dan FAKTA, kalau A, maka tak mungkin beliau akan berkata B. Kalau B tak mungkin beliau akan berkata C.

Ini baru betul-betul sejarawan. Beliau bukan bercakap atas kapasiti kaumnya, beliau bukan bercakap atas kepentingan politiknya, beliau bercakap atas dasar kebenaran dan apa yang termaktub sebelumnya.

Malangnya kita makin lupa dengan sejarah. Kita perlekehkan sejarah. Malah kita cuba pula mencipta sejarah dengan mereka-reka sejarah.

Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah berkata dalam pidatonya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-19:

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)

Dan inilah kehancuran yang sedang kita hampiri sekarang

Mujur ada Kay Kim yang boleh mengajar kita semua, terutamanya bangsanya, tentang hakikat dan kepentingan sejarah.

Terbaru, Kay Kim dengan selambanya berkata, rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya

Jadi, apa nak kita katakan lagi...andai kata Kay Kim tu Melayu, sudah pasti orang Cina akan kata beliau ada kepentingan, nah sekarang macam mana? Orang Cina sendiri ajar orang Cina tentang hakikat ketuanan Melayu, bak kata orang utara, Baru Hangpa Ada Akai!

Sebab itu saya bersyukur kerana Allah jadikan Kay Kim dari keturunan Tionghua

Dan Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

05 September 2010

Bahagian 3: Kehebatan Melayu Nusantara dan konspirasi Illuminati.

Kongsi-kongsi Gelap Cina


Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society. Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association. Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925). Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya. Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.



Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap. Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina. Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu. Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka. TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'. Apabila sampai satu tahap, ALTER AMUK mereka akan meletus. Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka. Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.



Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain. Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini. Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini. Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di Tanah Melayu? Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan. Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

Budaya-budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka? Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.

Wallahualam

Bahagian 2: Kehebatan Melayu Nusantara dan konspirasi Illuminati.

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka iaitu bangsa Eropah. Apabila bangsa Eropah ini sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!

Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang! Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

Cepat cari bangsa itu, Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!



Sebab itu di dalam buku-buku sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand. Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri. Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan. Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA. Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka, organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal.

Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang'). Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka. NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM. Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis. Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN. Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain. Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan.

Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu. Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu. Di satu ketika, British menggunakan kekerasan, di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India. PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka. APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura. INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

Bahagian 1: Kehebatan Melayu Nusantara dan konspirasi Illuminati.

Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.

Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu. Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!


Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu. Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India? Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu. Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina. Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api. Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja. Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu. Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.

Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR. Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka, maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu. Perhatikan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian, strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan? Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan. INGAT RAJA-RAJA MELAYU! FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.

Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia. Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal. Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).

Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'. Mengapa? Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah. Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka.

PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI. Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini. Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand? Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah? APA RAHSIANYA?