15 April 2015

Rafizi Sokong GST

Pakatan akan melaksanakan cukai GST jika ia dapat memerintah negara.


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang pun akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia dapat memerintah negara.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata, bantahan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu, tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.

Anwar berkata, sejak beliau dimaklumkan mengenai GST pada 1993, beliau mengakui bahawa sistem percukaian itu adalah suatu sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara. 

Pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini, Anwar yang ditanya bila negara bersedia untuk melaksanakan GST, berkata: "Lama lagi baru boleh pertimbangkan (melaksanakan GST)."

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus bermula 1 April 2015, tertakluk kepada pengecualian beberapa barangan keperluan asas seperti makanan.

Mengenai laporan yang mendakwa Amerika Syarikat mengendalikan stesen pemantauan di kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di negara ini, Anwar meminta perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak segera supaya Malaysia 'tidak kelihatan lemah' dalam hal itu.

"Ini perkara serius kepada negara. Tidak ada negara boleh bertoleransi dalam isu berkaitan perisikan," katanya. 

Laporan itu diperoleh dari dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden, yang mendedahkan bahawa terdapat 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok dan Yangon. - Bernama

25 November 2011

Proklamasi Darurat dan kaitan 13 Mei dengan DAP

PENGUNGKAIAN Proklamasi-proklamasi Darurat oleh PM Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi Lim Kit Siang dan DAP,parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka daripada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita? Terpulang kepada kita..

14 November 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)

Oleh ZULKIFLI JALIL

KEDAI Rakyat 1Malaysia mendapat sambutan hangat pada hari pertama pembukaannya di stesen LRT Kelana Jaya , Selangor, pada Jun lalu.

TIDAK habis-habis. Satu demi satu projek untuk manfaat kehidupan harian masyarakat Malaysia diserang parti pembangkang.

Mulanya, program transformasi kedai runcit (TUKAR), kemudian beralih ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan seterusnya Menu Rakyat 1Malaysia. Terbaru, dikatakan 'menjangkit' ke projek pembangunan bengkel automatif (ATOM).

'Pening kepala' dibuatnya menteri berkenaan untuk bertarung di satu lagi 'gelanggang politik' pembangkang. Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin 'alah bisa tegal biasa'. Matlamat kementerian berjiwa besar untuk rakyat ini hanyalah semata-mata untuk kesenangan orang ramai mengharungi cabaran kos hidup yang meningkat kala ini.

Namun lain ceritanya di pihak sana. Sampaikan kedengaran ura-ura 'melobi' oleh pihak terbabit untuk menerajui kementerian Ismail Sabri, tentunya selepas pilihan raya umum nanti.

Ini gara-gara tidak puas hati dengan projek rakyat kelolaan kementerian Ismail Sabri yang lebih dikenali KPDNKK atau nama penuhnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ia dikatakan merugikan 'pihak industri'. Pernah seorang peneraju dewan perniagaan yang dikatakan memiliki lebih 20,000 anggota hadir berbincang dengan Ismail Sabri dan disaran menyertai sahaja program KR1M, yakni sama seperti komitmen yang ditunjukkan Mydin. Dalam mesyuarat (perundingan) itu, semuanya nampak baik belaka, berjalan lancar dan penutupnya, wakil dewan berkenaan menyatakan semuanya okey, okey dan okey untuk KR1M. Tetapi beberapa hari kemudian, habis dibantainya Ismail Sabri dalam akhbar mereka.

Ismail Sabri yang ditemui penulis di Putrajaya Jumaat lalu percaya pembangkang tidak suka melihat rakyat mendapat harga barang yang murah menerusi siri program anjuran kementeriannya. Ini kerana ia akan mempopularkan kerajaan. Lebih-lebih lagi dianggap satu kelebihan buat BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang hangat diperkatakan saat ini.

"Kerajaan hapuskan ISA, dia tak suka pula sebab kerajaan dah buat dulu. Yang uar-uarkan pembohongan ini pun adalah individu sama yang dikatakan nak 'pecat' atau kurangkan bilangan ramai kakitangan kerajaan.

"Tidak setakat itu juga, yang terbaru mereka mahu musnahkan ATOM pula," kata Ismail Sabri. ATOM, menurutnya, diperkenalkan bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam jualan alat-alat ganti tulen kereta. Kadang-kala orang ramai terbeli kereta potong atau gear box yang rosak. Maka ATOM lah antara jawapan dalam meleraikan permasalahan ini.

Kerana itu, Ismail Sabri di Putrajaya tempoh hari menghuraikan fakta dalam menjawab dakwaan bahawa produk KR1M kononnya lebih mahal dari Carrefour. Berikut intipati penjelasannya:

1. Perbandingan harga tidak dibuat dengan produk yang setaraf dengannya (apple to apple).

l Perbandingan mestilah merupakan 'apple to apple' ataupun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan dan yang paling utama adalah kualiti. Di sini, perbandingan yang dibuat adalah tidak sama.

2. Perbandingan harga KR1M sepatutnya dengan jenama antarabangsa dan bukan dengan house/store brand.

l KR1M menunjukkan penjimatan di antara 30%-50% apabila dibandingkan dengan jenama popular ataupun jenama antarabangsa (misalnya Nestle, P&G dan Unilever). Pembangkang pula telah membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain (dalam kes iniu adalah jenama persendirian Carrefour Big Savers).

3. Perbandingan 23 barangan berkenaan tidak mengira aspek kualiti dan kuantiti.

a) Kualiti produk: Misalnya di antara Teh Ceylon KR1M telah dibandingkan dengan Teh Hitam dari Carrefour yang mana Teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti dibandingkan dengan Teh Hitam yang merupakan gabungan sumber daripada Indonesia dan Sri Lanka.

b. Isi kandungan (berat dan isipadu). Misalnya di antara pekatan pencuci pinggan dan mangkuk KR1M (400g berharga RM1.90) dan Carrefour Savers (350g) yang berlainan isipadu, di samping kualiti pembungkusan pencuci pinggan mangkuk dari Carrefour adalah kurang bermutu justeru dapat mengurangkan kos. Carrefour Savers 400g adalah berharga RM2.15 yang jelas lebih mahal.

c. Maklumat khasiat. Misalnya di antara susu pekat KR1M dan krimer manis Carrefour di mana khasiat protein bagi produk KR1M adalah 2.0 manakala Carrefour adalah 1.6 menunjukkan kandungan protein jenama KR1M lebih berkhasiat.

d. Produk berlainan jenis. Misalnya seperti KR1M Chilled Fruit Juice Assorted 1Liter dengan kandungan 35% jus buah yang didinginkan berbanding produk Carrefour Delite 1Liter (5% kandungan jus) yang dijual pada suhu bilik sahaja.

e. Promosi. Misalnya peluntur pakaian Carrefour merupakan pek promosi (harga seunit R2.55) dan hanya untuk masa yang terhad sahaja/sementara stok masih ada. Produk KR1M pula berharga RM1.90 seunit dan adalah mengekalkan harga yang sama sepanjang masa.

4. Berkemungkinan terdapat penipuan pada harga barangan Carrefour yang sengaja direndahkan.

a. Krimer pekat manis 505g menyatakan harga RM2.25 manakala senarai yang diberikan pihak pembangkang adalah bernilai RM2.

b. Begitu juga dengan daging kisar lembu jenama Ramly yang menyatakan harga di resit sebanyak RM5.95 manakala senarai menunjukkan RM5.29.

c. Kentang goreng KK (1kg) di resit menunjukkan harga RM5.90 manakala senarai menunjukkan harga RM4.35.

d. Tisu tandas 200x10 di resit menunjukkan harga RM5.09 manakala senarai pembangkang menunjukkan RM4.90.

e. Minuman berkarbonat di resit menunjukkan harga RM2.05 manakala senarai pembangkang adalah RM1.95.

Pembangkang, kata Ismail Sabri akan terus memburukkan kerajaan - tidak kira sama ada siri sesuatu projek atau program bertujuan untuk manfaat orang ramai.

"Ini tidak pasal-pasal menuduh produk KR1M dicemari bakteria e-coli, tapi bila tanya makmal mana yang buat analisis ini, dia kata ada lah...ada lah tu di mana...tunjukkanlah bukti," kata beliau.

28 Ogos 2011

Mat Sabu pendokong komunis


KUCHING 27 Ogos – Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau yang menitiskan air mata apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis Timbalan Presiden Pas itu berkata, Mohamad Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Rabu ini.

“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya.

“Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah,” katanya dalam nada terketar-ketar menahan marah kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Kanang, 67, ialah satu-satunya penerima dua pingat keperwiraan yang masih hidup iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).

Dua pingat berkenaan dianugerahkan berikutan pengorbanannya menentang pengganas komunis di Perak sekitar 1980 sehingga hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.

Mengulas lanjut, Kanang mengingatkan rakyat yang cintakan keamanan dan tanah air supaya tidak memberikan sokongan kepada Mohamad Sabu serta parti yang diwakili atau mana-mana parti yang bersekutu dengannya.

Katanya, gerak cara politik yang ditunjukkan Mohamad Sabu memalukan dan merupakan satu tragedi kepada rakyat Malaysia apabila sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi walaupun maruah dipijak-pijak.

“Saya terima kewujudan pembangkang dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah.

“Pastinya orang ini tidak pernah merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka,” tegasnya.